KPM TELITI PERUNTUKAN KHUSUS BAGI PERALATAN STEM, ROBOTIK DALAM BELANJAWAN 2024
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti peruntukan khusus bagi perolehan peralatan melibatkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta robotik dalam Belanjawan 2024.
BATU PAHAT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti peruntukan khusus bagi perolehan peralatan melibatkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta robotik dalam Belanjawan 2024.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata ia berdasarkan keperluan semasa serta sebagai langkah di bawah Inisiatif Pengukuhan STEM bagi menyokong keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Beliau berkata ia sekali gus sebagai satu usaha untuk menjadikan anak muda di negara ini berilmu serta kreatif, inovatif dan mempunyai daya saing dalam aktiviti luar yang berimpak tinggi.
“KPM akan sentiasa melihat keperluan ini, jika bercakap berkaitan pembudayaan STEM, ia berkait rapat juga dengan inisiatif dan saya fikir melalui bajet itu (Belanjawan 2024) mesti mendapat sokongan.
“Untuk pembudayaan (STEM) itu mesti mendapat inisiatif dan sokongan, jadi kita akan lihat perkara itu, yang menjadi perkara utama dalam kiraan kita semasa belanjawan,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Akhir 2023 di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, di sini.
Fadhlina berkata pembekalan set peralatan robotik ke sekolah rendah dan menengah telah memberi peluang murid serta pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara terus dalam bilik darjah selain semasa kegiatan kokurikulum.
Mengenai pertandingan hari ini, lima pasukan terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puay Chai 2, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, SMK Khatolik (M) dan SMK Tinggi Batu Pahat, layak mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa.
Kesemuanya akan mewakili negara ke pertandingan World Robot Olympiad 2023 (WRO 2022) World Final di Panama City, Panama, pada 7 hingga 9 Nov depan setelah menempa kejayaan pada Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2023.
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan pada NRC kali ini yang disertai 5,625 murid dan pelajar terdiri daripada 1,875 pasukan sekolah rendah serta menengah seluruh negara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.