Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM TIDAK KOMPROMI SEBARANG KESALAHAN SEKSUAL WARGA PENDIDIK – FADHLINA

DALAM NEGARA

KPM TIDAK KOMPROMI SEBARANG KESALAHAN SEKSUAL WARGA PENDIDIK – FADHLINA

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan oleh warga pendidik di negara ini khususnya kesalahan seksual, kata menterinya Fadhlina Sidek. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100% Penajaan Smartboard Bagi Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas hari ini. –fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan oleh warga pendidik di negara ini khususnya kesalahan seksual, kata menterinya Fadhlina Sidek. 

Beliau ketika dirujuk mengenai kes seorang guru lelaki di Johor yang ditahan polis selepas disyaki melakukan kesalahan berkaitan seksual baru-baru ini berkata, semua siasatan akan dijalankan mengikut prosedur ditetapkan KPM.

“Siasatan sedang kita laksanakan, tapi saya ulang dengan tegas bahawa kita tidak kompromi apa sahaja kesalahan khususnya seksual. Anda sentuh, anda pergi seperti yang selalu saya sebut. Kita akan siasat secara menyeluruh dan berpegang kepada garis panduan dan peraturan.

“Penegasan telah dibuat berulang kali dan kita akan teruskan penegasan itu dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Smartbord dan Pengisytiharaan Pencapaian 100 peratus Penajaan Smartboard Sekolah-Sekolah di Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata KPM juga memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan penuh terhadap guru lelaki itu. 

Rabu lepas, polis mengesahkan penahanan seorang guru lelaki berusia 32 tahun yang disyaki berkelakuan tidak senonoh dan menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja, selain turut didakwa pernah berkelakuan intim dengan beberapa pelajar perempuan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading