Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUARANTIN DI RUMAH DITARIK BALIK

DALAM NEGARA

KUARANTIN DI RUMAH DITARIK BALIK

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang tiba di Malaysia tidak lagi dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah sebaliknya akan ditempatkan di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan bermula Jumaat ini (24 Julai 2020).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu berikutan terdapat individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah malah sikap degil mereka ini mengundang risiko penularan tempatan.

“Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di Stesen Kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti serta mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai Stesen Kuarantin,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Ujarnya kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang boleh menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Ismali Sabri berkata tindakan mereka itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading