Rasa kasih mendalam terhadap kucing, mendorong seorang pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum mengambil keputusan berani menceburkan diri dalam perniagaan berkonsepkan haiwan dikenali sebagai “Kucing dan Kopi” di Rasah Prima di Seremban.
SEREMBAN: Rasa kasih mendalam terhadap kucing, mendorong seorang pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum mengambil keputusan berani menceburkan diri dalam perniagaan berkonsepkan haiwan dikenali sebagai “Kucing dan Kopi” di Rasah Prima di sini.
Muhammad Shafiq Nazaruddin, 31, berkata perniagaan bermula dengan membuka hotel dan spa ‘grooming’ kucing kemudian sambutan menggalakkan daripada pelanggan seterusnya mencetuskan idea untuk mengembangkan konsep perniagaan kepada sebuah ruang santai ala kafe.
Beliau berkata perniagaan itu tercetus daripada hobinya membela lebih 100 ekor kucing pelbagai baka, termasuk British Shorthair, Persian, Maine Coon, Scottish Fold, Sphynx dan beberapa lagi baka dari dalam serta luar negara.
“Pada awalnya kami menjalankan perniagaan hotel dan grooming kucing sahaja, alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Ramai pelangan datang ke sini hantar kucing mereka untuk grooming, tetapi pada ketika itu tiada tempat untuk menunggu hanya duduk di lantai sahaja, bermula dari situ timbul idea untuk menyediakan ruang istirahat ‘ala-ala’ kafe bagi memberi keselesaan kepada pelanggan,” katanya kepada Bernama.
Muhammad Shafiq berkata pelanggan boleh bermain dengan kucing di premisnya tanpa dikenakan bayaran masuk, sebaliknya hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu minuman atau makanan berharga antara RM3 hingga RM14, dan boleh berada di situ selama mana yang diinginkan.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata hasil pembelian itu dapat membantu pihaknya membiayai kos penyelenggaraan dan makanan termasuk pasir kucing bagi 50 ekor kucing di kedainya.
“Setiap bulan saya memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 untuk membeli makanan dan pasir kucing sahaja, belum termasuk ubat-ubatan serta barang keperluan lain.
“Selain memberi perkhidmatan hotel dan spa kucing, kafe ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang lain merasai, bermanja dan bermain dengan kucing yang terdiri daripada pelbagai spesies termasuk jenis Sphynx yang dibeli di Belgium dan Ukraine pada harga RM7,000,” katanya.
Beliau berkata perniagaan yang beroperasi sejak 2022 itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kucing yang datang dari luar Negeri Sembilan.
Lokasi kedai yang berdekatan Plaza Tol Seremban-Port Dickson-Kuala Lumpur turut memberi kelebihan untuk kekal ‘survive’ dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Setiap perbelanjaan pelanggan amat dihargai kerana ia secara langsung membantu kami terus survive dalam perniagaan ini selain dapat memastikan kebajikan kucing di sini terus terpelihara,” katanya yang mengeluarkan modal hampir RM150,000 untuk pembelian kucing sejak 2019.
Sementara itu, pelanggan Dania Irdina Adnan berkata dia sering ke kedai itu setiap hujung minggu bersama keluarga meluangkan masa hampir sejam untuk bermain dengan kucing di situ.
Pelajar Tingkatan Dua itu berkata dia sangat teruja dan seronok dapat bermain dengan kucing daripada baka luar negara seperti Sphynx Cat, iaitu sejenis kucing tiada bulu.
“Saya paling suka suka kucing jenis Sphynx Cat yang tiada bulu, sangat unik dan tidak boleh jumpa di tepi jalan kerana harga kucing itu sendiri sangat mahal,” katanya.
Sementara itu, pelajar universiti tempatan Siti Nurazmah Ismail, 20, menjadikan kunjungan ke kafe itu sebagai cara untuk mengurangkan tekanan serta dapat melepaskan rindu terhadap kucingnya jenis British Shorthair yang berada di rumahnya di Ipoh, Perak. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.