TARIF TRUMP: MALAYSIA TERUS BERUNDING DENGAN AS SEBELUM KADAR DIMUKTAMAD PADA OGOS
Kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara berkenaan mengenakan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara berkenaan mengenakan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam rundingan berkenaan, Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah berkaitan kepada negara tersebut sebelum kadar tarif itu dimuktamadkan pada Ogos depan.
“Kita telah menghantar pasukan untuk berunding dan menjelaskan bahawa negara kita adalah sebuah negara dagangan, maka sebarang kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia akan turut memberi kesan kepada rantau ini.”
“Tentunya hubungan dengan AS kita harus kekalkan, tetapi kita juga akan pertahankan pendirian kita bahawa Malaysia ini negara dagang, jadi kita akan minta supaya dipertimbangkan (kadar tarif) itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Anwar berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau juga akan membangkitkan mengenai isu tarif ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, pada Khamis.
Rubio dijadual mengadakan lawatan ke Malaysia minggu ini bagi menghadiri beberapa mesyuarat serantau peringkat tinggi dan sesi libat urus dua hala, menjadikannya lawatan pertama beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini.
Semalam, media melaporkan AS mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.
Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif diumumkan pada April lepas.
Dalam sepucuk surat kepada Anwar dimuat naik di akaun Truth Social pada Isnin, Presiden AS Donald Trump berkata angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager