LAKSANA SEGERA GENCATAN SENJATA YANG KEKAL DI GAZA – ANWAR
MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh situasi getir di Gaza, sebelum Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu dengan menggesa supaya gencatan senjata yang segera dan kekal dilaksanakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sesi pleno pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne (MCEC). – Bernama
MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh situasi getir di Gaza, sebelum Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu dengan menggesa supaya gencatan senjata yang segera dan kekal dilaksanakan.
Pada sesi pemukiman sidang kemuncak itu, Anwar mengingatkan pemimpin ASEAN dan Australia bahawa semua negara anggota ASEAN dan Australia mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 2023, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan.
“Kita harus mendesak agar permintaan ini direalisasikan – dengan segera dan kekal,” katanya.
Anwar berkata hari demi hari situasi di Gaza terus bertambah buruk dan sehingga kini telah mengorbankan lebih 30,000 orang awam Palestian termasuk lebih 12,000 kanak-kanak manakala bayi yang tidak berdosa mati akibat kebuluran dan isu ini pastinya sangat serius.
“Oleh itu, gencatan senjata segera dan kekal adalah sangat mendesak,” katanya.
Anwar berkata penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat, cepat dan tanpa halangan kepada orang awam yang tidak berdosa di seluruh Gaza perlu dibenarkan untuk diteruskan dan dikekalkan.
“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan lebih berani untuk memaksa Israel agar mematuhi langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Januari tahun ini dan menyeru semua pihak untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” katanya.
Malaysia juga menyeru negara-negara tidak mensensasikan hasil siasatan terhadap dakwaan baru-baru ini yang melibatkan beberapa petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan mempertimbangkan semula hukuman kolektif yang diputuskan dan merayu sokongan kewangan mereka kepada UNRWA dikembalikan semula, katanya.
Anwar berkata secara kolektif, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan konstruktif dalam masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian secara aman dan berpanjangan dalam konflik itu.
“Sebagai negara yang bertanggungjawab, kita terikat dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa untuk menegakkan prinsip asas keadilan.
“Hak penentuan kehidupan sendiri yang kita tuntut untuk diri kita sendiri juga perlu dilindungi dan ditegakkan untuk rakyat Palestin,” katanya.
Anwar berkata berakhirnya pendudukan Israel yang berdekad lamanya di wilayah Palestin adalah asas kepada penyelesaian dua negara serta mewujudkan keamanan dan keselamatan yang berkekalan di Timur Tengah.
“Kita juga tidak boleh menafikan bahawa pencerobohan Israel telah memburukkan lagi perpecahan dan prasangka antara orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, yang mendorong penyebaran Islamofobia yang berbahaya, yang mesti dihentikan.
“Kita harus sosialisasikan hakikat bahawa apa yang berlaku di Gaza bukan mengenai agama tetapi krisis kemanusiaan. Kita harus menyokong untuk menerima perbezaan supaya masyarakat boleh hidup bersama dalam harmoni,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests