Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Lapan maut serangan bom di Baghdad

DUNIA

Lapan maut serangan bom di Baghdad

Pasukan keselamatan Iraq dan orang awam berkumpul di lokasi serangan bom bunuh diri di Baghdad semalam. – FOTO AP

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 15 yang lain cedera dalam serangan bom bunuh diri di sebuah pasar di timur Baghdad semalam, kata pegawai keselamatan.

“Seorang pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran gerai di pasar Jamila yang penuh sesak,” kata pegawai kanan polis yang enggan namanya dikenali.

Sinar Harian yang memetik laporan AFP menyebutkan serangan berlaku kira-kira jam 9.00 malam (waktu tempatan) ketika kebanyakan penduduk Iraq selesai berbuka puasa dan mengunjungi pasar itu.

Sumber perubatan mengesahkan Hospital al-Kindi yang terletak berhampiran menerima lapan mayat mangsa ekoran insiden serangan terbabit.

Setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading