UMAT Islam di seluruh dunia meraikan kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan. Selain beribadah, penduduk Islam di beberapa negara turut mempunyai tradisi unik ketika Ramadan. Berikut adalah tradisi yang diamalkan di beberapa negara sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian yang memetik daripada Kompas.com.
Qarqia’an
1. Qarqia’an
Ramadan di Kuwait dimeriahkan
dengan kunjungan kanak-kanak bersama keluarga mereka yang mengenakan pakaian
tradisional unik. Tuan rumah menyediakan gula-gula dan coklat dalam jumlah yang
banyak untuk diberikan kepada kanak-kanak. Tradisi ini biasanya diamalkan di
seluruh rantau Arab, namun waktu acara ini berlangsung adalah berbeza di setiap
negara. Di Emiriah Arab Bersatu (UAE), tradisi ini dikenali sebagai Haq Laila
dan disambut dua minggu sebelum Ramadan.
Meriam Yellow Bastion
2. Meriam Yellow Bastion
Di Sarajevo, Bosnia Herzegovina
biasanya dimeriahkan dengan tembakan meriam sebelum menunggu waktu berbuka
puasa. Tradisi ini telah dilakukan sejak berabad lalu dan masyarakat akan
berkumpul di lokasi digelar Yellow Bastion yang merupakan bangunan pertahanan
ketika Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-18. Meriam dianggap membawa keharmonian
kepada masyarakat Sarejevo termasuk orang bukan Islam. Bunyi dentuman meriam
itu turut disambut dengan sorakan gembira. Ketika berkumpul, ada juga penduduk
yang membawa makanan tradisional seperti Somun iaitu sejenis roti dan air
lemon.
Kunafa
3. Kunafa
Di Palestin, kunafa menjadi
hidangan wajib setiap kali pada bulan Ramadan. Ia diperbuat daripada tepung
suji dicampurkan dengan keju panas yang kemudiannya disira dengan air gula. Ia
biasanya dihidangkan ketika sahur dan berbuka. Penduduk Palestin percaya
makanan ini berasal dari Kota Nablus dan turut menjadi menu sepanjang tahun.
Fanous
4. Fanous
Fanous merupakan lampu lantera
pelbagai warna dan unik di Mesir. Lampu tersebut mempunyai ikatan kuat dengan
Ramadan kerana masyarakat percaya dengan nilai rohani yang terdapat pada
fanous. Di Kaherah, seluruh bandar diterangi lampu berwarna-warni tersebut
malah peniaga turut menghiasi ruang hadapan kedai mereka dengan fanous untuk
menarik pembeli.
Mesaharaty
5. Mesaharaty
Hampir setiap negara mempunyai
cara tersendiri untuk membangunkan penduduk pada waktu sahur. Di Jordan dan
Turki, tradisi bangun sahur biasanya dilakukan oleh Mesaharaty terdiri daripada
penduduk tempatan. Mereka akan berjalan dan memanggil penduduk bangun sahur.
Mesaharaty juga akan membawa alat muzik sambil memanggil nama wakil keluarga
yang dikenalinya.
Mheibes
6. Mheibes
Di Iraq, aktiviti Mheibes
dilakukan setiap kali selepas berbuka puasa. Terdapat dua kumpulan terdiri
daripada 40 hingga 250 pemain. Setiap pemain akan meneka siapa dalam kalangan
ahli kumpulannya yang menyembunyikan cincin dalam tangan mereka. Permainan
ketika Ramadan itu telah diturunkan daripada generasi ke generasi.
Chaand Raat
7. Chaand Raat
Kebanyakan golongan wanita di
India, Pakistan dan Bangladesh melakukan tradisi Chaand Raat atau memakai inai
pada akhir Ramadan. Ketika itu, ramai wanita akan keluar membeli-belah dan
mereka akan mengambil kesempatan untuk melukis inai di tangan serta kaki.
Selain tradisi itu, wanita juga akan saling bertukar manisan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked