LAPORAN PEMERIKSAAN MENTAL REMAJA BUNUH PELAJAR SEKOLAH DIKETAHUI 16 JAN DEPAN
Mahkamah Majistret Petaling Jaya menetapkan 16 Jan depan untuk mengetahui keputusan laporan pemeriksaan mental seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Oktober lepas.
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 16 Jan depan untuk mengetahui keputusan laporan pemeriksaan mental seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Oktober lepas.
Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh berusia 14 tahun itu berkata Majistret Amira Sariaty Zainal menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melanjutkan tempoh bagi mendapatkan laporan berkenaan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
“Pakar perubatan di hospital itu memaklumkan mereka memerlukan lebih masa untuk menyediakan laporan itu kerana perlu mengambil kira seperti temu bual dengan ahli keluarga remaja itu, dokumentasi sejarah tingkah lakunya di rumah dan sekolah dengan bantuan pegawai penyiasat.
“Oleh itu, mahkamah membenarkan lanjutan masa hampir sebulan dan berharap laporan itu dapat disiapkan pada prosiding akan datang. Anak guam tidak hadir pada prosiding hari ini kerana masih menjalani rawatan dan penilaian di hospital terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding sebutan semula kes yang dijalankan secara tertutup kerana ia melibatkan pesalah juvana.
Foong berkata laporan mental anak guamnya sangat penting bagi menentukan tahap kecerdasan tertuduh sebelum mahkamah mengambil pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi atau menetapkan tarikh perbicaraan atas pertuduhan membunuh.
“Ketika ini remaja terbabit dalam keadaan baik dan menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan yang dijalaninya. Dia menunjukkan tindak balas yang baik sepanjang rawatan,” kata peguam itu.
Pada 22 Okt lepas, pelajar itu didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama antara 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Okt lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked