LAPORAN TIDAK BETUL, KKM SANGGAH AL JAZEERA

KUALA LUMPUR: Dokumentari berdurasi kira-kira 26 minit yang diterbitkan agensi berita antarabangsa Al-Jazeera, yang menuduh Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika COVID-19 adalah dakwaan liar dan tidak betul.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej negara.

“Laporan Al Jazeera yang menyebut ada berlaku perkauman adalah satu tuduhan yang patut kita bagi tahu ia tidak betul.

“Kita perlu pastikan semua yang dikesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat disaring dan diasingkan. Itu sebenarnya matlamat kita,” kata Adham.

Setakat berita ini ditulis, video bertajuk ‘DiPenjara Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia’ yang disiarkan di saluran rasmi Al Jazeera English telah ditonton lebih 115,000 orang.

Video tersebut menerangkan PATI selama bertahun-tahun telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Namun ketika PKP mereka kononya terpaksa hidup dalam ketakutan dan dipaksa tinggal dalam keadaan yang sempit, ada yang terpaksa berlapar dan bergantung kepada sumbangan amal untuk hidup. — AlHijrah Online.

Leave a Reply