YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat muzium Louvre Abu Dhabi. – Foto BERNAMA
ABU DHABI, 17 Jun – Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
mengakhiri lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam yang
memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.
Ia merupakan lawatan pertama Seri
Paduka ke UAE selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16
pada 31 Januari.
Semasa lawatan itu, Sultan
Abdullah mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan –
yang secara kebetulan adalah rakan kolej baginda pada tahun 1970-an
Sultan Abdullah dan Sheikh
Mohamed menuntut di Royal Military Academy, Sandhurst di United Kingdom dan
persahabatan akrab mereka terserlah dalam pelbagai detik semasa lawatan
tersebut, termasuk ketika Sheikh Mohamed menyampaikan foto yang merakamkan
kenangan kedua-dua mereka bersama ketika di Sandhurst.
Sheikh Mohamed datang sendiri ke
hotel penginapan Sultan Abdullah menginap untuk menjemput Seri Paduka sebelum
menuju ke Istana Presiden bersama untuk upacara sambutan rasmi ketika baginda
memulakan lawatan.
Sinar Harian yang memetik laporan
Bernama menyebutkan Sultan Abdullah dan Sheikh Mohamed merapatkan bahu ketika
kedua-dua mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Sheikh Zayed di ibu
negara UAE sebelum mengucapkan selamat jalan di terminal Presiden Lapangan
Terbang Antarabangsa Abu Dhabi semasa Seri Paduka mengakhiri lawatan.
Semasa lawatan, Sultan Abdullah
berkenan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri UAE dan Menteri Hal Ehwal
Kepresidenan Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Toleransi Sheikh
Nahyan bin Mubarak Al Nahyan.
Dalam satu kenyataan, Istana
Negara menyatakan bahawa layanan istimewa yang diberikan kepada Seri Paduka
mencerminkan persahabatan erat yang terjalin antara mereka sejak kedua-dua
pemimpin itu bertemu lebih 40 tahun yang lalu.
Menurut kenyataan itu, secara
keseluruhan, lawatan khas itu merintis jalan bagi memupuk hubungan dan
kerjasama dua hala yang lebih mendalam antara Malaysia dan UAE dan menjadi
saluran untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan
global demi kepentingan bersama.
Seri Paduka berpuas hati
sepenuhnya dengan lawatan khas ke UAE dan berharap momentum ini akan berterusan
kerana kedua-dua negara sedang berusaha untuk meningkatkan hubungan dua hala
dalam pelbagai bidang, kata kenyataan itu.
Timbalan Menteri Luar Malaysia,
Datuk Marzuki Yahya, yang mengiringi Sultan Abdullah dalam lawatan berkata,
lawatan khas itu pasti akan meningkatkan hubungan Malaysia-UAE dalam jangka
panjang dan dijangka mewujudkan lebih banyak peluang dan kerjasama dalam
pelbagai bidang.
“Hubungan kami semakin
kukuh. Lawatan ini mencerminkan hubungan dua hala yang mesrat dan akrab antara
kedua-dua negara, ” katanya.
Turut hadir semasa lawatan khas
itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram
Yaakob, Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan
Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof.
Yang di-Pertuan Agong turut
berangkat menghadiri perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang menetap di UAE dan
berkenan melawat ke Wahat Al-Karama, tugu peringatan untuk wira-wira UAE yang
gugur demi berkhidmat untuk negara serta berangkat melawat Muzium Louvre di Abu
Dhabi.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager