LAWATAN PM KE ARAB SAUDI ERAT HUBUNGAN ANTARABANGSA, PERDAGANGAN DAN AKTIVITI ISLAM
KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan sekali gus memperkukuh aktiviti keislaman.
Gambar Fail Lawatan Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi. — AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan sekali gus memperkukuh aktiviti keislaman.
Timbalan Pengarah Institut Asia Eropah, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers Peter Rogers berkata tiga aspek tersebut memberi tambah nilai kepada hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sejak berpuluh tahun.
“Lawatan berkenaan adalah kesinambungan kepada hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi iaitu sejarah awal selepas kemerdekaan negara, Arab Saudi merupakan negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Malaysia dan membuka kedutaan di negara ini sekitar 1961.
“Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang pertama dan hubungan itu sudah jelas cuma lawatan kali ini dilihat memperkukuh lagi jalinan sedia ada,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV hari ini.
Roy Anthony Rogers berkata pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan itu ternyata membuka peluang penglibatan syarikat Malaysia di Timur Tengah sekali gus menambah pelaburan negara.
Selain itu, Roy Anthony Rogers juga menyifatkan Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa di bawah payung Islam terutama melibatkan pengurusan ibadah haji dan umrah yang memerlukan kerjasama kedua-dua negara.
“Seperti diketahui ada dua kota suci umat Islam terletak di Arab Saudi iaitu Makkah dan Madinah dan ini menjadikan hubungan ini istimewa sehingga Arab Saudi merupakan negara luar ASEAN pertama dilawat secara rasmi oleh Anwar sejak menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10.
“Kita juga mengharapkan lawatan ini memberi ruang kepada penambahbaikan kuota dan kos bayaran haji supaya umat Islam di Malaysia dapat peluang menunaikan haji dengan kos yang lebih berpatutan walaupun kita sedar Arab Saudi berhadapan dengan kenaikan kos pengurusan ibadah itu ketika ini,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked