LEBIH 3,000 SERTAI HIMPUNAN ‘JUSTICE FOR ZARA QAIRINA’ DI LABUAN
Pemergian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, dari Sipitang, Sabah, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti Labuan apabila lebih 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun hari ini dalam satu perhimpunan solidariti menuntut keadilan untuknya.
LABUAN: Pemergian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, dari Sipitang, Sabah, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti Labuan apabila lebih 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun hari ini dalam satu perhimpunan solidariti menuntut keadilan untuknya.
Perhimpunan yang berlangsung di Medan Selera Labuan bersempena acara Labuan Bike itu dianjurkan oleh Kelab Wanita Sejahtera dan diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Acara itu menyaksikan perpaduan luar biasa apabila pemimpin politik tempatan termasuk wakil PKR dan Warisan naik ke pentas menyampaikan ucapan penuh semangat menuntut kebenaran, keadilan, serta penghentian keganasan terhadap kanak-kanak.
Ramai peserta hadir berpakaian serba hitam sambil membawa plakad tertera nama Zara, “Justice for Zara Qairina” dan “Stop Bullying”.
Mohd Rafi menyifatkan kehadiran itu sebagai satu manifestasi solidariti yang merentasi sempadan politik dan sosial.
“Ini bukan sekadar isu politik atau sosial, tetapi isu kemanusiaan. Kita berdiri bersama-sama menuntut keadilan untuk Zara Qairina,” katanya ketika berucap di hadapan hadirin.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada kira-kira pukul 4 pagi.
Dalam perkembangan berkaitan, kubur Zara Qairina digali semula petang semalam dan jenazahnya dibawa ke Kota Kinabalu, lewat malam tadi.
Bedah siasat dijalankan pagi ini di Hospital Queen Elizabeth I bagi membantu siasatan polis yang sedang berlangsung berhubung kematiannya, yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked