LEBIH 6,000 KES SELURUH NEGARA, AS ISYTIHAR CACAR MONYET DARURAT KESIHATAN AWAM
“Virus ini merebak dengan pantas. (Cacar monyet) merebak lebih cepat daripada wabak sebelum ini,” kata penyelaras untuk respons cacar monyet kebangsaan, Robert Fenton.
HOUSTON (Texas): Kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada lebih 6,600 kes pada Khamis, menyebabkan pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.
“Saya akan mengisytiharkan darurat kesihatan awam mengenai cacar monyet. Kami akan melakukan apa yang kami fikirkan perlu,” kata Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Xavier Becerra dalam satu sidang akhbar menerusi telefon.
Becerra berkata AS mampu membuat saringan sejumlah 80,000 orang seminggu untuk cacar monyet dan doktor serta petugas kesihatan digalakkan melakukan ujian saringan, lapor Agensi Anadolu.
“Virus ini merebak dengan pantas. (Cacar monyet) merebak lebih cepat daripada wabak sebelum ini,” kata penyelaras untuk respons cacar monyet kebangsaan, Robert Fenton.
Wabak itu diisytiharkan sebagai darurat pada Isnin di New York kerana negeri itu menyumbang hampir 25 peratus daripada semua kes AS. California dan Illinois juga mengeluarkan pengisytiharan darurat pada hari yang sama berikutan peningkatan jangkitan yang ketara di negeri tersebut.
Tetapi deklarasi persekutuan akan membuka jalan bagi membolehkan semua negeri memperoleh akses kepada dana kecemasan untuk memerangi dan membendung wabak itu.
Ia juga membolehkan kerajaan persekutuan mengumpul data di seluruh negara mengenai kes dan vaksinasi, mempercepat pengedaran vaksin dan memudahkan doktor untuk memberikan rawatan.
HHS berkata ia telah mengedarkan 14,000 rawatan TPOXX untuk virus itu dengan 1.7 juta dos TPOXX lagi dalam simpanan persekutuan, jika perlu.
Di samping itu, HHS telah memperoleh lebih 1.1 juta dos vaksin cacar monyet Jynneos dengan 602,000 vaksin telah pun dihantar.
Sejumlah 5.5 juta dos telah dipesan untuk 2023 dan 11.1 juta dos lagi ada dalam simpanan sebagai persediaan jika wabak itu terus merebak dengan meluas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai, yang merupakan sebutan tertinggi untuk wabak paling serius seperti pandemik global COVID-19.
Lebih 26,000 kes cacar monyet yang disahkan di seluruh dunia telah dilaporkan pada 2022 oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
CDC berkata cacar monyet disebarkan terutamanya melalui hubungan seksual lelaki sesama jenis tetapi virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit, serta melalui perkongsian pakaian, peralatan tempat tidur dan tuala.
Umur median pesakit ialah 35, dengan julat umur antara 17 hingga 76 tahun, tetapi lima kes baru-baru ini dilaporkan melibatkan kanak-kanak di California, Indiana, dan Washington, DC.
Gejala yang paling biasa termasuk ruam, yang dilaporkan dalam 99 peratus kes di AS, demam, lepuh pada kulit dan pembengkakan nodus limfa. Gejala lain termasuk menggigil, sakit kepala, dan sakit otot. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked