Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI AUTISME TRAUMA, DIPUKUL RAKAN SEKERJA

DALAM NEGARA

LELAKI AUTISME TRAUMA, DIPUKUL RAKAN SEKERJA

Menerusi hantaran di Facebook Adra Azura yang merupakan ibu mangsa mendakwa, anaknya, Syaidina Zurhailee Hailmi, telah dipukul sehingga luka dan bengkak dibahagian muka, dada dan tangan selain pulang ke rumah dalam keadaan hampir pengsan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki autisme berusia 23 tahun didakwa mengalami trauma akibat dipukul oleh rakan sekerjanya di sebuah francais makanan segera.

Menerusi hantaran di Facebook Adra Azura yang merupakan ibu mangsa mendakwa, anaknya, Syaidina Zurhailee Hailmi, telah dipukul sehingga luka dan bengkak dibahagian muka, dada dan tangan selain pulang ke rumah dalam keadaan hampir pengsan.

Dakwanya, kejadian itu tidak pernah terjadi kepada anaknya dan tiada rekod jenayah akibat bergaduh atau dipukul oleh orang awam sebelum ini.

“Setelah pemeriksaan doktor dilakukan, saya membuat laporan polis dan dipanggil ke balai polis untuk berjumpa dengan pegawai siasatan.

“Bagaimanapun, saya dinasihatkan untuk menarik kes bagi mengelakkan anak saya ditahan reman (tiada sel untuk orang kurang upaya (OKU)) sebagai prosedur polis bagi melakukan siasatan.

“Kerana saya bertegas meminta untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan ingin mengetahui kebenaran disebabkan pihak satu lagi juga mengalami kecederaan jadi polis menyatakan perlu menahan reman kedua-duanya,” dakwanya.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian netizen dengan ratusan komen dan perkongsian semula hantaran tersebut di Facebook.

“Saya ingin tahu kebenaran. Sebagai ibu, hati saya luluh melihat anak saya diperlakukan seperti ini. Adakah tiada tempat anak saya di mata orang-orang awam?” ujarnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading