LELAKI DIDAKWA CUBA SEBABKAN KEMATIAN, SIMBAH PETROL TERHADAP BEKAS TEMAN WANITA
Seorang pegawai makmal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini atas dua pertuduhan cuba menyebabkan kematian dengan cara menyimbah petrol terhadap bekas teman wanitanya dan membakar kereta wanita itu, minggu lepas.
KAJANG: Seorang pegawai makmal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cuba menyebabkan kematian dengan cara menyimbah petrol terhadap bekas teman wanitanya dan membakar kereta wanita itu, minggu lepas.
S. Parthiban, 43, didakwa telah mencurahkan petrol ke badan bekas teman wanitanya yang berusia 43 tahun dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Duda satu anak itu turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan khianat menggunakan minyak petrol dengan membakar sebuah kenderaan milik wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan, mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan sebuah kediaman di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat, dekat sini, pada 3.20 petang, 30 Jan lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan cubaan membunuh adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.
“Sekiranya mahkamah berhasrat untuk memberikan jaminan, mohon jumlah jaminan yang tinggi kira-kira RM10,000 untuk setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis terdekat sehingga kes selesai,” katanya.
Parthiban yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia menanggung seorang anak perempuan berusia sembilan tahun daripada perkahwinan terdahulu.
Hakim Khainur Aleeza Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 10 April ini untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests