Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas pertuduhan menetak siak sebuah surau dengan menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan parah, Rabu lepas.
TAIPING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak siak sebuah surau dengan menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan parah, Rabu lepas.
Kamarulzaman Kamarudin, 56, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Normuda Mod Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di surau Nurul Hidayah, Jalan Bukit Jana, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2.30 petang, 10 Dis.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM50 sehari, mempunyai tiga orang anak serta beberapa kali menerima rawatan psikiatri.
Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 29 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, polis menahan tertuduh selepas disyaki menetak seorang lelaki warga emas dan mangsa didapati mengalami kecederaan parah akibat ditetak beberapa kali pada bahagian kepala dan tangan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked