Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN DERA ISTERI

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN DERA ISTERI

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam rumah mangsa di kondominium berkenaan dengan semasa kejadian, terdapat saksi yang melihat iaitu pembantu rumah, pemandu peribadi suspek dan anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun,”

Satu klip video tular di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki menarik tudung mangsa sebelum dia diheret dan ditendang di muka serta badan berkali-kali.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan hari ini kerana disyaki mendera isterinya di sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, susulan video yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Setapak di sini pada 4.35 pagi tadi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 45 tahun telah dipukul oleh suspek menggunakan tangan dan kaki menyebabkan kecederaan pada tubuh badannya.

“Mangsa juga ditarik rambut dan ditendang di kepala oleh suspek menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam rumah mangsa di kondominium berkenaan dengan semasa kejadian, terdapat saksi yang melihat iaitu pembantu rumah, pemandu peribadi suspek dan anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan akibat dipukul di bahagian kedua belah mata, kepala, kaki dan belakang badan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

4 Comments

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading