BARU TIGA HARI BERSALIN, WANITA GIGIH BONCENG MOTOSIKAL UNTUK MENGUNDI
Seorang ibu muda yang baru tiga hari bersalin sanggup membonceng motosikal sambil menggendong bayi lelakinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Cerrioy Anuar, 21, dari Kampung Bawek bersemangat menunggang motosikal sambil menggendong bayi lelakinya yang berusia tiga bulan, Biblee Amiru Irman ke pusat pengundian. -fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Seorang ibu muda yang baru tiga hari bersalin sanggup membonceng motosikal sambil menggendong bayi lelakinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Aleh Jasin, 20, masyarakat Orang Asli suku Temiar ini terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 10 minit dari rumahnya di Kampung Langsat dengan menaiki motosikal yang ditunggang ibunya untuk sampai ke pusat mengundi Parlimen Gua Musang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis.
Wanita itu yang kali pertama mengundi teruja membawa Masnawi Fakri ke pusat mengundi walaupun perlu keluar rumah awal bagi memastikan keselesaan cahaya mata sulungnya itu.
“Saya perlu membawa bayi kerana dia menyusu badan dan tiada siapa yang boleh menjaganya di rumah.
“Untuk mengelakkan beratur panjang dan berpanas bersama anak, saya keluar rumah awal sebelum pukul 9 pagi tadi bersama ibu ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Kuala Betis, di sini.
Sementara itu, Cerrioy Anuar, 21, dari Kampung Bawek berkata dia bersemangat menunggang motosikal sambil menggendong bayi lelakinya yang berusia tiga bulan, Biblee Amiru Irman ke pusat pengundian sama.
“Ini kali pertama saya mengundi, jadi saya cukup semangat dan saya keluar rumah pukul 8 pagi menunggang motosikal ke sini bersama bayi,” katanya.
Turut ditemui di pusat mengundi SK Kuala Betis, Norlaila Awang, 32, yang membawa bersama bayi lelakinya yang baru berusia 24 hari menjalankan tanggungjawab sebagai seorang daripada kira-kira 20 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini.
Menurut Norlaila, dia terpaksa membawa Hafiiy Zafran Marzuki berikutan suaminya berada di Pahang untuk mengundi.
Walaupun masih berpantang, urusan mengundi berjalan lancar dengan bantuan petugas di pusat mengundi terutama laluan khas yang disediakan untuk golongan memerlukan, katanya.
“Seawal 8.15 pagi saya sudah selesai menjalankan tanggungjawab untuk PRU kali ini,” katanya yang tinggal di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis.
Dia yang mengundi buat kali ketiga turut menyeru semua rakyat yang berpeluang memilih wakil rakyat untuk keluar mengundi di saluran yang didaftarkan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests