Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai bertindak membakar unit kediaman abang iparnya di PPR Desa Tun Razak, Cheras semalam, kerana berang dan menuduh mangsa mencampuri urusan rumah tangganya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai bertindak membakar unit kediaman abang iparnya di PPR Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam, kerana berang dan menuduh mangsa mencampuri urusan rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek warga tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada 11.25 pagi, beberapa jam selepas kejadian dilaporkan.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi apabila suspek yang juga suami kepada adik perempuan mangsa datang ke rumah mangsa dengan alasan mahu mengambil barang peribadinya.
“Semasa mangsa membuka pintu, suspek menjerit dan menuduh mangsa sebagai punca keretakan rumah tangganya.
“Bagi mengelakkan pergaduhan, mangsa membenarkan suspek masuk untuk mengambil barang sementara mangsa beredar ke hujung kawasan tangga blok kediaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata tidak lama kemudian, jiran memaklumkan rumah mangsa terbakar sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata kebakaran berjaya dipadam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mencampuri urusan rumah tangganya hingga menyebabkan hubungan suspek dan isterinya berada di ambang perceraian.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing positif dadah.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohd Rosdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda, serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked