SULTAN SELANGOR TERIMA MENGHADAP DR MALIK, PERTEMUAN SARAT EMOSI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pertama yang berjaya menamatkan pengajian ketika menjalani hukuman di penjara.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pertama yang berjaya menamatkan pengajian ketika menjalani hukuman di penjara.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, pertemuan seumpama itu kali pertama diadakan membabitkan Sultan Sharafuddin bersama bekas banduan yang mendapat pengampunan sempena Hari Keputeraan baginda pada 2024.
Pada pertemuan di sebuah hotel di ibu kota itu semalam, Sultan Sharafuddin turut berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan hidup Malik selepas dibebaskan dari Penjara Kajang pada 2024 dan perancangan masa hadapannya.
Sultan Selangor turut berkenan menasihati Malik untuk terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup.
“Pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu,” menurut hantaran itu yang turut memaparkan gambar Malik bersalaman serta memeluk Sultan Sharafuddin sambil mengusap air mata dan ditenangkan oleh baginda.
Menerusi hantaran itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan beliau layak diberikan peluang kedua.
“Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 Nov 2024,” menurut hantaran itu.
Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun, Malik, 39, akhirnya dibebaskan pada 11 Dis 2024.
Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Malik berjaya memperoleh PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM), hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.