Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LEMAS KETIKA MANDI DI SUNGAI SEDIM – BOMBA

DALAM NEGARA

LELAKI LEMAS KETIKA MANDI DI SUNGAI SEDIM – BOMBA

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Sedim, Kulim pagi tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

KULIM: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Sedim, Kulim pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.06 pagi tadi dan menggerakkan enam pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Jarak balai dengan lokasi sejauh 40 kilometer dan pasukan bomba tiba di pada 10.48 pagi. Setiba di lokasi, kami dimaklumkan ada mangsa berusia anggaran 20 tahun dipercayai lemas semasa mandi di sungai itu.

“Operasi pencarian dibuat secara pencarian di permukaan dan mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang sedang bersenam di kawasan berkenaan pada 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azmir berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti memandangkan kami tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada diri mangsa. Operasi tamat pada 12.10 tengah hari,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading