Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT KETIKA DAKI GUNUNG PULAI

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT KETIKA DAKI GUNUNG PULAI

Seorang lelaki maut selepas dilaporkan pengsan ketika mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini.

Sumber gambar : Bomba

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas dilaporkan pengsan ketika mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.

Beliau berkata mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak menuju ke lokasi Tee pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam dan seterusnya membawanya ke kaki gunung.

“Pihak Kementerian Kesihatan kemudian membuat pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan Tee meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairil berkata mayat Tee diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan tamat kira-kira 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading