PUCHONG: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas terjatuh dari landasan kereta api di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong, di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataan ringkasnya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 6:05 petang tadi.
Sejurus itu, seramai tujuh anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki dalam lingkungan 40-an telah berada di bawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Lelaki tersebut disyaki telah meninggal dunia dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya, hari ini.—AlHijrah Online
MENYUSUL LANJUT