Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SISI, MACRON BINCANG GENCATAN SENJATA GAZA DAN ISU KESELAMATAN SERANTAU

DUNIA

SISI, MACRON BINCANG GENCATAN SENJATA GAZA DAN ISU KESELAMATAN SERANTAU

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan perbualan telefon pada Isnin untuk membincangkan perkembangan serantau, dengan tumpuan kepada isu Palestin, menurut kenyataan daripada Pejabat Presiden Mesir.

Sumber Gambar: AFP

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan perbualan telefon pada Isnin untuk membincangkan perkembangan serantau, dengan tumpuan kepada isu Palestin, menurut kenyataan daripada Pejabat Presiden Mesir.

Laporan Xinhua menyebut bahawa dalam perbualan itu, Sisi menyambut baik sokongan Perancis terhadap hak sah rakyat Palestin serta menjelaskan usaha berterusan Mesir untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, memudahkan pertukaran tebusan dan tahanan, serta memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada orang awam di wilayah berkenaan.

Beliau turut mengulangi sokongan Mesir terhadap penganjuran persidangan damai antarabangsa yang dijadual berlangsung di New York bulan ini bagi menghidupkan semula rundingan ke arah penyelesaian dua negara.

Sisi menegaskan bahawa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, kekal sebagai satu-satunya jalan ke arah keamanan berkekalan di Timur Tengah.

Menurut kenyataan itu, Macron menyatakan penghargaan terhadap peranan Mesir dalam mempromosikan keselamatan dan kestabilan serantau, serta menyokong usaha Kaherah untuk menamatkan peperangan di Gaza dan menangani krisis kemanusiaan.

Kedua-dua pemimpin menegaskan kepentingan meneruskan penyelarasan antara Mesir dan Perancis dalam menangani isu serantau yang menjadi kepentingan bersama. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading