Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI OKU PUKUL ADIK DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI OKU PUKUL ADIK DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, di sini, Khamis lepas.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kakitangan khidmat pelanggan itu enggan menemaninya ke kedai.

Beliau berkata ketika mangsa sedang berbaring, tiba-tiba suspek datang dan terus memijak paha kanan, bahu kanan dan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.

“Hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya dalam kenyataan malam ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading