Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI REMPUH LIMA KENDERAAN SELEPAS DIDAKWA SAMUN OKU

DALAM NEGARA

LELAKI REMPUH LIMA KENDERAAN SELEPAS DIDAKWA SAMUN OKU

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan selepas dikejar sekumpulan penunggang motosikal kerana disyaki menyamun orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Changkat di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang, suspek berusia 25 tahun yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan, merempuh lima kenderaan sepanjang Jalan Pudu di sini untuk melarikan diri.

SUMBER FOTO FACEBOOK

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata berdasarkan keterangan saksi, lelaki terbabit dikatakan menolak lelaki OKU keluar daripada keretanya.

“Saksi yang melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek serta meminta suspek memberhentikan kenderaan namun suspek terus melarikan diri dan melanggar beberapa kenderaan sebelum dia ditahan oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada individu yang cedera dalam kejadian itu dan lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Dua rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat dan 23 saat yang memaparkan suspek memandu Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan tular di laman sosial sejak semalam. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading