LELAKI TERLIBAT SAMUN, ADA 16 REKOD JENAYAH MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS
Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok, Bukit Mertajam, tengah malam tadi.
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihak polis pada mulanya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X70 dalam keadaan mencurigakan menghala ke Sungai Lembu di sini kira-kira 12.35 tengah malam.
“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang mendapati kereta itu dalam keadaan mencurigakan telah mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan terbabit, namun lelaki itu terus memecut laju untuk melarikan diri dan dalam masa sama melepaskan tembakan.
“Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu lelaki itu untuk mempertahankan diri, tetapi dia memecut laju dan selepas pasukan kami mengejarnya kira-kira 200 meter, kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pihak polis membalas tembakan dan terkena suspek.
Khaw berkata lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati suspek berumur 44 tahun dan beralamat di Pulau Pinang itu terlibat dalam beberapa jenayah samun di negeri ini, Selangor dan Melaka.
Beliau berkata semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspak adalah palsu dan selain samun, suspek juga pernah ditahan kerana terlibat dengan kes dadah, kesalahan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Kakisan serta pernah dikenakan tindakan menurut Ordinan Darurat.
“Kita percaya penjenayah ini amat berbahaya kerana dia turut memiliki senjata api dan semakan mendapati senjata digunakan ialah jenis semi auto,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bergerak solo ketika melakukan jenayah samun dan mengacukan pistol ke arah mangsa bagi tujuan menakut-nakutkan mereka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.