2024 DIJANGKA TAHUN YANG SIBUK BAGI MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA DAN SERANTAU
Malaysia bakal menyaksikan pelbagai acara antarabangsa yang akan mengubah bentuk hubungan diplomatik, memupuk kerjasama global dan mempengaruhi landskap geopolitik pada tahun 2024.
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menyaksikan pelbagai acara antarabangsa yang akan mengubah bentuk hubungan diplomatik, memupuk kerjasama global dan mempengaruhi landskap geopolitik pada tahun 2024.
Sorotan utama tahun dinamik ini adalah sambutan penting ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang diraikan sepanjang tahun. Pencapaian ini menandakan setengah abad kerjasama, perdagangan dan pertukaran budaya antara kedua-dua negara yang meletakkan asas untuk masa depan hubungan yang lebih kukuh.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Presiden China Xi Jinping untuk melawat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2024.
Xi kali terakhir berada di Malaysia pada 2013 sempena pemeteraian Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan China.
Tahun 2024 juga akan menyaksikan Uganda menjadi tuan rumah dua sidang kemuncak antarabangsa penting iaitu Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-19 dan Sidang Kemuncak Selatan Ketiga yang dianjurkan di bawah rangka kerja Kumpulan 77 dan China, sebuah pakatan longgar untuk negara membangun, pada Januari.
Perhimpunan ini akan menyediakan Malaysia dengan platform untuk mengetengahkan kehebatan diplomatiknya, memperjuangkan kepentingan negara membangun, dan mengukuhkan komitmennya terhadap ketidakselarasan dalam hal ehwal antarabangsa.
Dalam bidang pakatan antarabangsa, Januari membawa perkembangan bersejarah kerana Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dijemput untuk menyertai gabungan BRICS, yang membawa kepada era kerjasama baharu dalam kalangan ekonomi-ekonomi utama sedang muncul.
Langkah itu memberi implikasi kepada strategi diplomatik Malaysia, memberikan peluang kepada negara untuk mengembangkan perkongsian ekonomi dan kestabilan serantau.
Ketika rakyat Malaysia mengalihkan perhatian mereka ke negara jiran, Indonesia bersiap sedia untuk pilihan raya presidennya pada 14 Feb yang akan mencorakkan situasi dan potensi perubahan dalam kedinamikan serantau.
Pada Mac, Malaysia akan terlibat secara aktif dalam hal ehwal serantau apabila mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Peringatan Khas ASEAN-Australia di Melbourne sempena 50 tahun perkongsian antara ASEAN dan Australia.
Landskap politik menjadi tumpuan utama pada Mac dengan pilihan raya presiden di Rusia dan Ukraine. Pesiden Rusia Vladimir Putin bertanding untuk penggal kelima sebagai presiden Rusia bagi melanjutkan pemerintahannya sehingga sekurang-kurangnya tahun 2030 di tengah-tengah konflik Rusia-Ukraine.
Malaysia akan memantau rapat keputusan pemilihan itu kerana ia boleh mempengaruhi geopolitik global dan dinamik serantau yang mempengaruhi penglibatan dan pakatan diplomatik.
April hingga Mei pula tertumpu kepada negara demokrasi terbesar dunia, India, yang bakal menjalankan pilihan raya umumnya, dengan gabungan parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) berkemungkinan dipilih semula bagi memastikan kesinambungan dasar.
Pada Jun, rakyat Malaysia akan menyertai komuniti global menyaksikan Pilihan Raya Parlimen Eropah, peristiwa yang boleh memberi kesan kepada hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah dan perkongsian perdagangan.
Olimpik Musim Panas 2024 di Paris pada Julai dan Ogos bukan sahaja akan menjadi tumpuan dunia dengan kecemerlangan sukan, malah menyediakan pentas untuk kerjasama antarabangsa dan pertukaran budaya.
Ketika Laos mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN pada 2024, rakyat Malaysia berharap untuk terlibat dalam perbincangan yang akan membentuk agenda serantau. Menjelang hujung tahun, Malaysia juga akan bersiap sedia untuk mengambil alih kepimpinan ASEAN pada 2025.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pendiriannya mengenai isu global dan menyumbang kepada perbincangan mengenai pembangunan mampan, keamanan dan keselamatan.
Pada Oktober dan November, Malaysia akan mengalihkan perhatiannya ke Lima, Peru, untuk persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik. Sidang kemuncak ini penting dalam memajukan kepentingan ekonomi Malaysia dan memupuk kerjasama dengan ekonomi-ekonomi utama Lingkaran Pasifik.
Tahun 2024 akan berakhir dengan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 pada November. Rakyat Malaysia mamantau arapat keputusannya, menerima impak dasar-dasar AS terhadap hal ehwal global dan implikasi yang berpotensi untuk hubungan Malaysia-AS.
Pilihan raya yang sangat dinanti-nantikan itu akan menyaksikan penyandang Presiden Joe Biden daripada Parti Demokrat, dan pendahulunya Donald Trump, ahli Parti Republikan, bertanding untuk pemilihan semula.
Tahun 2024 menjanjikan tahun yang dinamik bagi Malaysia di persada antarabangsa, dengan pelbagai acara yang membentuk landskap diplomatik, ekonomi dan politik negara.
Ketika rakyat Malaysia menantikan perkembangan sepanjang tahun depan, negara sudah bersedia untuk terlibat secara aktif dan menyumbang kepada dialog global.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.