Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI THAILAND DIDAKWA EDAR 331KG DADAH BERNILAI HAMPIR RM11 JUTA

DALAM NEGARA

LELAKI THAILAND DIDAKWA EDAR 331KG DADAH BERNILAI HAMPIR RM11 JUTA

Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan mengedar 331 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM11 juta, awal bulan ini.

Sumber: BERNAMA

JITRA: Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 331 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM11 juta, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Chemudo, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine di kawasan hutan sekitar Durian Burung, Daerah Padang Terap, pada pukul 7 pagi,  9 Dis lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam perkembangan lain, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, pada 9.25 malam, hari yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikan jurubahasa bahasa Thailand.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading