LZS AGIH RM3.65 JUTA ZAKAT KEPADA LEBIH 80,000 PELAJAR ASNAF
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM3.65 juta zakat kepada 85,336 pelajar asnaf fakir dan miskin serta mualaf bagi sesi persekolahan 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari.
CYBERJAYA: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM3.65 juta zakat kepada 85,336 pelajar asnaf fakir dan miskin serta mualaf bagi sesi persekolahan 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari.
Beliau berkata agihan itu merupakan bantuan yuran persekolahan dan kelengkapan peralatan persekolahan untuk setiap anak asnaf di Selangor yang akan diterima terus oleh ketua keluarga melalui pindahan dana elektronik (EFT), e-dompet, baucar tunai dan tunai bermula 30 Dis ini.
“Sumbangan itu meliputi hampir 40,000 ketua keluarga. Kalau kita tidak bantu, contoh beri sumbangan untuk tampung kos pendidikan, maka anak-anak mereka akan tercicir, dan kita tak mahu kemiskinan diwarisi, jadi kita bagi bantuan agar anak-anak ini dapat akses pendidikan, sebab bantuan pendidikan penting dalam ekosistem agihan zakat.
“Ini antara jenis bantuan penting yang perlu kita salurkan kerana kita mahu anak-anak asnaf berjaya, mereka boleh membantu keluarga keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Simbolik Agihan Bantuan Pendidikan 1447H/2026 LZS di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapan alu-aluan, Mohd Khaidzir berkata bantuan yang diagihkan itu melibatkan 651 pelajar prasekolah, 42,569 pelajar sekolah kebangsaan, sekolah rendah agama dan 42,116 pelajar sekolah menengah kebangsaan serta sekolah menengah agama.
Beliau berkata kadar minimum bagi bantuan yuran persekolahan yang akan diterima oleh setiap pelajar adalah RM100 bagi pelajar tadika dan prasekolah, RM150 bagi pelajar sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama manakala pelajar sekolah menengah kebangsaan atau sekolah menengah agama menerima RM250.
“Kadar maksima yang akan diterima dari yang dinyatakan tadi adalah sebanyak RM1,200 bagi setiap keluarga serta tambahan token keperluan RM100 seorang, dengan kadar maksima sebanyak RM800 setiap keluarga berdasarkan tahap sekolah tanggungan isi keluarga,” katanya.
Mohd Khaidzir berkata LZS turut menyediakan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan bagi meringankan beban keluarga asnaf, meliputi pakaian seragam serta peralatan sekolah seperti beg dan alat tulis.
Bantuan itu disalurkan mengikut kadar RM170 bagi setiap pelajar sekolah rendah kebangsaan, RM150 untuk pelajar sekolah rendah agama, manakala pelajar sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama menerima bantuan RM200 seorang.
“Setiap pelajar yang menerima bantuan diwajibkan membeli sepasang pakaian seragam sekolah, manakala baki nilai bantuan boleh digunakan untuk menebus keperluan lain seperti beg, kasut, stokin, alat tulis, pakaian sukan atau pendidikan jasmani, pakaian kokurikulum serta buku, tertakluk kepada syarat dan panduan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata penebusan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan itu boleh dibuat bermula 20 Dis 2025 hingga 19 Mac 2026 melalui e-dompet dengan menggunakan aplikasi Nine.
Penerima bantuan di semua sembilan daerah di Selangor boleh mengunjungi mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, Pasaraya Borong Sakan, Pasaraya MM, Rakan Niaga Canggih dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd bagi menebus kelengkapan peralatan persekolahan berdasarkan kadar bantuan yang diterima.
“Dengan bantuan ini saya ingin menegaskan bahawa bantuan pendidikan ini bukan sekadar untuk meringankan beban sementara, sebaliknya ia suatu pelaburan jangka panjang bagi memutuskan rantaian kemiskinan antara generasi,” katanya.
Bagi meningkatkan akses pendidikan anak-anak asnaf, beliau berkata LZS sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa sekolah dan alumni sekolah berasrama penuh bagi membantu golongan itu yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk mendapat tempat di sekolah berkenaan.
“Kita dalam perbincangan ketika ini supaya kita dapat minta tempat untuk pelajar asnaf cemerlang untuk memasuki sekolah berasrama penuh atau berprestasi tinggi. Bila mereka bersekolah di sekolah bagus, ‘success rate’ akan lebih tinggi,” katanya.
Untuk rekod, agihan tertinggi bantuan pendidikan bagi sesi persekolahan 2026 direkodkan di Petaling, Klang dan Hulu Langat. Petaling mencatatkan penerima tertinggi melibatkan 7,754 ketua keluarga, diikuti Klang 6,773 ketua keluarga, manakala Hulu Langat melibatkan 6,169 ketua keluarga.
Selama lebih tiga dekad penubuhan LZS, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan dan bantuan pendidikan ialah satu keutamaan lembaga pungutan zakat itu dalam memastikan pembangunan pendidikan diperkasakan agar dapat memacu kecemerlangan ummah dan golongan asnaf di Selangor.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.