Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG LAGI BAYI PALESTIN KORBAN CUACA SEJUK MELAMPAU DI GAZA

DUNIA

SEORANG LAGI BAYI PALESTIN KORBAN CUACA SEJUK MELAMPAU DI GAZA

Seorang lagi bayi Palestin meninggal dunia di Semenanjung Gaza akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Khamis, ketika gelombang sejuk yang teruk terus meragut nyawa di tengah-tengah keadaan hidup yang tersangat daif, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber: AFP

ISTANBUL: Seorang lagi bayi Palestin meninggal dunia di Semenanjung Gaza akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Khamis, ketika gelombang sejuk yang teruk terus meragut nyawa di tengah-tengah keadaan hidup yang tersangat daif, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bayi berusia sebulan, Saeed Asaad Abideen meninggal dunia akibat penurunan suhu yang mendadak.

Kematian bayi itu menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin yang dimasukkan ke hospital susulan gelombang sejuk dan keadaan cuaca ekstrem yang melanda seluruh Semenanjung Gaza baru-baru ini kepada 13 orang.

Pada Rabu, Pasukan Pertahanan Awam Gaza memberi amaran bahawa gelombang sejuk yang teruk mengancam nyawa kanak-kanak, memandangkan banyak keluarga tidak mempunyai perlindungan dan alat pemanas yang mencukupi di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang semakin buruk akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza.

Ratusan ribu rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal kini hidup dalam keadaan amat sukar selepas rumah mereka musnah dan mereka dipaksa berpindah. Banyak keluarga berlindung di dalam khemah atau struktur sementara, berdepan kekurangan selimut yang teruk, bekalan pemanas dan pakaian musim sejuk ketika suhu terus menurun.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berulang kali menuduh Israel gagal memenuhi tanggungjawabnya di bawah perjanjian gencatan senjata 10 Okt dan protokol kemanusiaannya, termasuk kemasukan bahan binaan tempat perlindungan serta penghantaran 300,000 khemah dan rumah bergerak untuk keluarga yang hilang tempat tinggal.

Israel telah membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,100 yang lain dalam serangan di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, sebelum serangan itu terhenti di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading