Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TIKAM KEKASIH, ENGGAN PUTUS HUBUNGAN

DALAM NEGARA

LELAKI TIKAM KEKASIH, ENGGAN PUTUS HUBUNGAN

Seorang lelaki bertindak menikam teman wanitanya sebelum melarikan diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pada Ahad lalu.

AMPANG JAYA: Seorang lelaki bertindak menikam teman wanitanya sebelum melarikan diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pada Ahad lalu.

Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun ditikam kekasihnya apabila suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan meneruskan hubungan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 2.52 pagi.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berada dalam kenderaan telah didatangi teman lelakinya yang kemudian bertindak memancitkan tayar serta memecahkan cermin hadapan kereta.

“Ketika itu, mangsa ingin melarikan diri tetapi suspek terus mengejar dan menikam wanita terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tengah, kiri perut dan lengan kiri dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dan suspek baru mengenali sejak tiga bulan lalu melalui aplikasi laman sosial

Pihak polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan serta menangkap lelaki itu sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading