Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI UGUT JIRAN WARGA EMAS GUNA SENJATA API DIREMAN SEMINGGU

DALAM NEGARA

LELAKI UGUT JIRAN WARGA EMAS GUNA SENJATA API DIREMAN SEMINGGU

Seorang lelaki berusia 30-an direman tujuh hari untuk membantu siasatan selepas disyaki mengugut seorang wanita warga emas yang juga jirannya menggunakan senjata api di Bandar Laguna Merbok, dekat Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 30-an direman tujuh hari untuk membantu siasatan selepas disyaki mengugut seorang wanita warga emas yang juga jirannya menggunakan senjata api di Bandar Laguna Merbok, dekat sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini hingga 14 Dis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki mengugut seorang wanita warga emas menggunakan senjata api di sebuah taman perumahan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.45 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai insiden ugutan bunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol terhadap jirannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading