Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI WARGA ASING MAUT DIGILIS KERETA API DI PELABUHAN UTARA

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA ASING MAUT DIGILIS KERETA API DI PELABUHAN UTARA

Kejadian berlaku di tepi landasan berhadapan kilang di Jalan Pelabuhan Utara. Mangsa berusia 19 tahun dan terdapat kecederaan di bawah paras lutut kedua-dua kaki dipercayai digilis kereta api.

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai digilis kereta api di Pelabuhan Utara dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki tersebut pada pukul 11.35 pagi.

“Kejadian berlaku di tepi landasan berhadapan kilang di Jalan Pelabuhan Utara. Mangsa berusia 19 tahun dan terdapat kecederaan di bawah paras lutut kedua-dua kaki dipercayai digilis kereta api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading