Liga Arab janji bantu Palestin


Rakyat Palestin berjuang saban hari untuk terus hidup di bumi sendiri akibat kezaliman Israel.

KAHERAH – Liga Arab semalam berikrar menyalurkan dana AS$100 juta (RM413.25 juta) setiap bulan kepada kerajaan Palestin untuk menampung keperluan rakyatnya selepas Israel menyekat pindahan cukai awal tahun lalu.

Israel mengutip cukai bagi pihak Palestin tetapi menahan AS138 juta yang sedia untuk dipindahkan pada Februari, susulan bayaran kepada banduan politik yang dipenjara kerana menyerang Israel.

Menurut laporan AFP, beberapa negara Arab disahkan akan menyokong belanjawan negara Palestin untuk mengatasi tekanan politik dan kewangan yang dihadapi.

Kelmarin, AS berkata pelan damai Asia Barat akan dibentangkan minggu ini di Bahrain untuk meningkatkan lebih AS$50 bilion (RM206 bilion) kepada Palestin dan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dalam tempoh 10 tahun.

Pelan yang dikenali sebagai “Keamanan kepada Kemewahan” itu diketuai oleh menantu lelaki Presiden AS Donald Trump, Jared Kushner yang juga merupakan penasihat kepadanya.

Palestin memulaukan persidangan dua hari di Bahrain itu dan mendakwa Trump cuba ‘membeli’ rakyat Palestin dan menghalang mereka daripada menubuhkan negara bebas.

Leave a Reply