Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA CEDERA NAHAS LIBATKAN TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

LIMA CEDERA NAHAS LIBATKAN TIGA KENDERAAN

Lima individu cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di kilometer 18, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian jam 4.45 petang itu membabitkan kereta Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Bezza.

Kredit: Polis Daerah Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Lima individu cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di kilometer 18, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian jam 4.45 petang itu membabitkan kereta Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Bezza.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, maklumat kesemua mangsa belum diperolehi kerana mereka masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Camry dibawa ke Hospital KPJ Rawang manakala pemandu Proton Saga dibawa ke Hospital Selayang.”

“Pemandu dan dua penumpang Perodua Bezza pula dibawa ke Hospital Selayang,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini semua mangsa belum hadir bagi membuat laporan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(10) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading