Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN PETUGAS KHAS CARI PENYELESAIAN ISU AIR DI KELANTAN, SABAH – PM

DALAM NEGARA

PASUKAN PETUGAS KHAS CARI PENYELESAIAN ISU AIR DI KELANTAN, SABAH – PM

Beliau berkata pasukan yang dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta kerajaan negeri itu berperanan menyediakan strategi segera menangani isu air di kedua-dua negeri itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim –Foto BERNAMA

PUTRAJAYA:Pasukan petugas khas diwujudkan bagi mencari penyelesaian isu air di Kelantan dan Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penubuhan pasukan itu dipersetujui dalam mesyuarat khas yang diadakan bersama-sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor di Perdana Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata pasukan yang dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta kerajaan negeri itu berperanan menyediakan strategi segera menangani isu air di kedua-dua negeri itu.

“Tanggungjawab kita adalah pastikan rakyat peroleh kemudahan air bersih sesegera mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI Dalur di sini hari ini. 

Beliau berkata mesyuarat khas hari ini turut membincangkan mengenai beberapa tindakan segera yang perlu diambil antaranya melibatkan masalah bekalan air yang tidak sampai dan bekalan air tidak bersih. 

“(Masalah air ini) perlu langkah awal dan kita akan sediakan sedikit dana… projek ini memerlukan projek besar jangka panjang dan sederhana,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat khas itu, Anwar berkata Sabah misalnya telah membangkitkan isu keperluan pinjaman mudah untuk satu projek empangan.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan menerima keputusan yang dibuat kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Tidak boleh bekerja secara silo, kita memerlukan dana yang besar dan mesti pastikan kita dapat melakukan dan menyelesaikannya,” katanya.

Anwar sebelum ini berkata masalah air di Kelantan dan Sabah akan cuba ditangani Kerajaan Persekutuan meskipun melibatkan belanja besar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading