Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CEDERAKAN BEKAS ISTERI KERANA REBUT ANAK BAWA KE KLINIK DIDENDA RM1,000

DALAM NEGARA

LELAKI CEDERAKAN BEKAS ISTERI KERANA REBUT ANAK BAWA KE KLINIK DIDENDA RM1,000

Seorang pekerja kilang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya kerana berebut ingin membawa anak mereka berusia tujuh bulan ke sebuah klinik, tahun lepas.

MELAKA: Seorang pekerja kilang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya kerana berebut ingin membawa anak mereka berusia tujuh bulan ke sebuah klinik, tahun lepas.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas menerima pengakuan tertuduh, Syazwan Izzuddin Samsudin, 30, yang berdepan pertuduhan pilihan.

Mengikut pertuduhan, Syazwan Izzuddin didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu merupakan isterinya dengan cara memukul menggunakan tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaki lima hadapan pintu masuk sebuah klinik di Taman Cempaka dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira 10 malam, 14 Ogos 2022, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, kejadian berpunca daripada salah faham antara tertuduh dan mangsa kerana berebut anak mereka yang berusia tujuh bulan pada waktu tersebut.

Difahamkan, tertuduh ingin membawa bayi tersebut ke klinik kerana tidak sihat namun dihalang oleh mangsa dan perbuatan tersebut menyebabkan dia dipukul. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat manakala peguam Haslinda Abu Bakar memohon agar hukuman ringan diberikan memandangkan ia kesalahan pertama anak guamnya serta perlu menanggung anak dan ibunya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading