IPOH: Masyarakat Islam diingatkan untuk melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk manipulasi pihak tertentu bagi mendapatkan manfaat politik.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, hukum hakam dan tafsiran mengenai Islam tidak boleh dibenarkan untuk ditafsirkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana kumpulan hingga tergelincir daripada landasan sebenar.
“Umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.
“Islam yang diperuntukkan kedudukan istimewa dalam negara ini hendaklah diangkat kemuliaannya,” titah Sultan Nazrin selepas menyempurnakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
Titahnya juga, kemuliaan Islam tidak bergantung semata-mata kepada kedudukannya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Titah baginda, tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan, ibarat skrip kosong yang tidak memberikan sebarang makna.
Baginda menjelaskan, tanggungjawab memberi makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian.
“Islam wajib dibuktikan melalui kehidupan yang nyata. Islam tidak akan dapat membuktikan relevansinya sehingga masyarakat yang menerima ajaran Islam berjaya menjelmakannya dalam budaya hidup harian.
“Islam itu perlu dirasai dan diperlihatkan melalui pengisian, perbuatan, pencapaian dan kejayaan penganutnya,” titahnya.
Selain itu baginda juga bertitah, umat Islam perlu berusaha segala daya dan kekuatan menolak perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.
Tindakan itu titah baginda, dapat dilakukan antaranya dengan tidak menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada mereka yang tidak mencerminkan keperibadian seorang muslim.
“Masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam dengan tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas,” titah baginda.
Baginda juga bertitah insan yang menjiwai roh Islam apabila diangkat untuk memimpin amat prihatin untuk melaksanakan tanggungjawab secara berdedikasi, mentafsirkan tanggungjawab sebagai ibadah yang perlu dilaksanakan secara bersungguh, mempamerkan sifat-sifat kemanusiaan, keihsanan, belas kasihan, kejujuran dan keadilan, dan akan berusaha untuk mengharmonikan kehidupan insan ciptaan Ilahi yang terdiri dari pelbagai agama, kaum dan budaya di bumi Allah SWT. – AlHIjrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests