KEBENARAN OPERASI TADIKA SWASTA DI SELURUH NEGARA ATAS KONTEKS KEPERLUAN

KUALA LUMPUR: Tadika swasta di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dibenarkan beroperasi secara bersemuka

Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata kebenaran operasi termasuk di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan itu diberikan dalam konteks keperluan.

“Mac lalu PKP lebih ketat dengan sektor ekonomi tidak dibuka tetapi kali ini beberapa sektor dibenarkan buka.

“Oleh yang demikian untuk membolehkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak mereka ke sekolah, maka kita benarkan supaya tadika kawasan PKP untuk dibuka,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Selain tadika, pelajar sekolah swasta dan antarabangsa bagi kelas peperiksaan turut dibenarkan kembali meneruskan pengajian secara bersemuka di sekolah masing-masing meskipun di negeri PKP.

Sesi persekolahan 2021 dijadual bermula pada 20 Januari ini. – AlHijrah Online

Leave a Reply