Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LOGAM LAIN DALAM EMAS, PEMBELI DIGESA WASPADA

DALAM NEGARA

LOGAM LAIN DALAM EMAS, PEMBELI DIGESA WASPADA

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika membeli emas bagi mengelak ditipu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, berikutan harga emas yang tinggi di pasaran sekarang, ada peniaga emas tidak bertanggungjawab menipu pembeli ketika membuat timbangan.

Antara taktik yang dikesan adalah peniaga memasukkan logam lain di dalam barangan kemas yang hendak dijual dengan tujuan menaikkan lagi berat barangan tersebut.

Sehubungan itu, pihak KPDNHEP akan mengarahkan anggotanya untuk membuat pemeriksaan secara rawak di premis kedai emas seluruh negara.

Beberapa contoh barangan kemas akan diambil untuk diuji di makmal bagi memastikan tiada unsur-unsur lain selain emas dimasukkan pada barangan kemas tersebut.

“Dalam emas itu dia letak tungsten, tungsten tu satu logam yang density-nya lebih kurang dari emas, tungsten ni density dia 18, emas 21, tungsten ni dia letak dengan membalut dalam emas.”

Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri PDNHEP

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia di Kuala Terengganu hari ini.

Jelasnya, peniaga yang melakukan kesalahan menipu pada timbangan boleh dikenakan tindakan dibawah akta Timbang dan Sukat 1972.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, KPDNHEP telah mengeluarkan sebanyak 2,900 kompaun kepada peniaga yang menipu semasa timbangan dengan nilai kompaun sebanyak RM416,350.

Manakala nilai rampasan pula adalah sebanyak RM1,823,983. – AlHijrah Online / Kamalruddin Taib / Ardi Herman Mohd Mardzi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading