Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI HILANG KAWALAN REMPUH 13 KERETA DI LAMPU ISYARAT

DALAM NEGARA

LORI HILANG KAWALAN REMPUH 13 KERETA DI LAMPU ISYARAT

Sebanyak 13 buah kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat dirempuh sebuah lori di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung, Kuantan, petang semalam.

KUANTAN: Sebanyak 13 buah kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat dirempuh sebuah lori di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.48 petang itu menyebabkan kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan namun kesemua pemandu berusia 29 hingga 62 tahun dan penumpang selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.

“Akibat kejadian, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan,” katanya.

“Kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan, jalan basah dan licin,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu terlibat.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading