IPOH: Seorang lagi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ direkodkan di negeri ini membabitkan kerugian sebanyak RM381,950.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan berusia 57 tahun yang merupakan seorang pengurus projek di sebuah syarikat swasta di Taiping semalam, setelah menyedari dirinya ditipu.
Menurutnya, mangsa telah diberitahu oleh suspek terdapat satu bungkusan yang mengandungi kad pengenalan, pasport, kad ATM dan 100 keping wang palsu atas nama mangsa yang dihantar kepada individu tidak dikenali di Sarawak pada 11 Ogos lalu.
“Mangsa telah bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor kononnya hasil semakan mereka mendapati mangsa terlibat dengan kes menjual akaun bank peribadi kepada penama tak dikenali dengan nilai RM20,000.
“Selepas itu, panggilan mangsa telah disambungkan kepada seorang lelaki menggelarkan diri sebagai Datuk yang memintanya mendedahkan semua maklumat akaun bank agar akaun milik mangsa tidak dibekukan dan akibat ketakutan, wanita itu memberikan semua maklumat lapan perbankan miliknya termasuk maklumat kad kredit mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata panggilan turut disambungkan kepada seorang lagi pegawai polis Bukit Aman bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) untuk meyakinkan mangsa.
“Mangsa turut diminta mendedahkan slip gaji milik mangsa selama empat bulan, salinan e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), salinan geran tanah, kereta dan barangan kemas yang ada pada mangsa kononnya bagi tujuan siasatan.
“Mangsa juga diarahkan membuat pinjaman peribadi dan mangsa telah membuat pinjaman RM100,000 dan telah membuat pindahan kepada akaun bank yang diberikan suspek di Bank Islam (RM50,000) dan HSBC (RM50,000),” katanya.
Katanya mangsa kemudiannya menyedari ditipu selepas semakan dibuat mendapati terdapat 18 transaksi pindahan wang berjumlah RM381,950 ke atas 11 akaun yang tidak dikenali telah dilakukan bermula 18 Ogos hingga 6 Sept lalu.
“Sepanjang tempoh itu mangsa tidak dapat mengetahui transaksi yang dilakukan memandangkan akses ke akaun dalam kawalan sindiket secara dalam talian.
“Kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan sehingga kini,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager