Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANJUR, PESERTA ‘HIMPUNAN GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA’ BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN – AYOB KHAN

DALAM NEGARA

PENGANJUR, PESERTA ‘HIMPUNAN GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA’ BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN – AYOB KHAN

Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu ini, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

IPOH: Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu ini, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu akan diambil kerana sehingga ini tiada sebarang permohonan dibuat berhubung himpunan tersebut.

Menurutnya, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam tempoh lima hari sebelum acara.

“Itu syarat-syarat yang perlu dipenuhi mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan.

“Saya harap mereka buat (perhimpunan) perlu mengikut prosedur, jika sebaliknya, kita (polis) akan ambil tindakan.

“Saya belum pasti (mereka) sudah buat permohonan atau tidak nanti saya akan semak, tapi hari terakhir untuk mereka membuat pemenang adalah hari ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.

Ujarnya, penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi perhimpunan yang didakwa akan diadakan di kawasan sekitar Sogo, Ayob Khan berkata penganjur perlu mendapatkan kebenaran dari Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Selain itu, mestilah tiada bantahan daripada masyarakat sekitar seperti pemilik-pemilik kedai atau Sogo sendiri yang akan buat bantahan dalam tempoh 48 jam. Itu syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-pihak yang ingin membuat perhimpunan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara, Sabtu ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading