Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT AIR CHINA MENDARAT CEMAS DI SINGAPURA

DUNIA

PESAWAT AIR CHINA MENDARAT CEMAS DI SINGAPURA

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Air China CA403 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Changi, Singapura semalam selepas dipercayai mengalami masalah mekanikal pada enjin.

Kapal terbang yang membawa 146 penumpang dan sembilan anak kapal itu dalam perjalanan dari Cengdu, China ke Singapura.

Berdasarkan video yang tular, enjin sebelah kiri pesawat dilihat terbakar selain asap turut masuk ke dalam ruang kabin pesawat.

Penumpang juga terpaksa turun dari pesawat menggunakan gelongsor kecemasan untuk ke landasan.

Difahamkan sekurang-kurangnya sembilan individu cedera ringan ketika proses pemindahan penumpang.

Kejadian sekitar 4.15 petang semalam telah memaksa lapangan terbang terbabit ditutup selama tiga jam.

Pihak terlibat sedang menjalankan siasatan lebih terperinci bagi mengetahui punca kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading