Mahkamah Israel arah tutup Bab Al-Rahma

BAITULMAQDIS, 18 Mac – Media tempatan melaporkan pada ahad lepas, mahkamah Israel mengeluarkan perintah penutupan kawasan Bab Al-Rahma di Masjid al-Aqsa.
Al-Quds Foundation melaporkan mahkamah Majistret Al-Quds telah meluluskan permohonan Ketua Hakim untuk melanjutkan penutupan tersebut.
Bab al-Rahma pertama kali ditutup oleh pihak Israel pada 2003 dan dilanjutkan pada 2017.
Pada pertengahan Februari tahun ini, badan berkuasa Awqaf Al-Quds (agensi yang diberi kuasa untuk menguruskan tempat suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis) telah membuka kembali Bab al-Rahma setelah penduduk Palestin melancarkan tunjuk perasaan.
Keputusan Israel untuk menutup kembali Bab Al-Rahma telah mencetuskan kemarahan daripada pihak Jordan.
Jordan menuntut agar Israel menarik kembali keputusan tersebut sambil mengingatkan bahawa pihak Israel bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang ‘tindak balas‘ akibat keputusan itu.