MAHKAMAH MINTA SANTIAGO MOHON MAAF KEPADA ZAKIR NAIK
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago membuat permohonan maaf kepada pendakwah bebas Dr Zakir Naik berhubung kenyataanmya yang dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 2019.
Pendakwah bebas Dr Zakir Naik hadir bagi mendengar keputusan kes saman fitnahnya terhadap bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago membuat permohonan maaf kepada pendakwah bebas Dr Zakir Naik berhubung kenyataannya yang dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 2019.
Hakim Datuk Akhtar Tahir mengarahkan Santiago memohon maaf selepas mendapati beliau bertanggunjawab memfitnah Zakir.
Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar memutuskan kenyataan kedua yang dibuat oleh Santiago dalam ceramah bertajuk Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 25 Nov 2019, yang Zakir mendakwa kenyataan Santiago itu telah memfitnahnya, adalah serampang dua mata, walaupun ia dikaitkan dengan Zakir.
“Satu ditujukan kepada polis Malaysia dan kerajaan dan satu lagi ditujukan kepada plaintif.
“Implikasi daripada kenyataan terhadap plaintif itu ialah plaintif mempunyai pengaruh terhadap polis dan kerajaan dalam penahanan dua ahli DAP berkenaan,” katanya.
Hakim memutuskan walaupun mahkamah mendapati kenyataan itu adalah berdasarkan pendapat Santiago, bagaimanapun, ia bersifat spekulatif dan didapati berunsur fitnah terhadap Zakir.
“Mahkamah juga mengambil maklum bahawa kenyataan itu bukannya mencemarkan imej dan reputasi plaintif, sebenarnya telah meningkatkan reputasi plaintif sebagai seorang yang berpengaruh di Malaysia.
“Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif tidak berhak terhadap sebarang ganti rugi, tetapi oleh kerana kenyataan kedua adalah fitnah, mahkamah mengarahkan defendan memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuat mengaitkan plaintif dengan penahanan kedua-dua ahli DAP itu,” kata hakim.
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago hadir bagi mendengar keputusan kes saman yang difailkan oleh pendakwah bebas Dr Zakir Naik terhadap dirinya di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. — Bernama
Sementara itu mengenai kenyataan pertama Santiago yang dibuat secara terbuka terhadap Zakir untuk ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019, hakim memutuskan ia tidak memfitnah dan tidak mencemarkan nama baik Zakir.
Zakir dalam ceramah itu, menyampaikan kenyataan sensitif yang menyentuh kaum Cina dan India Malaysia.
Santiago, pada 13 Ogos 2019 mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan bertajuk, Misconception of Islam by the non-Muslim, dengan menyatakan bahawa ceramah itu berpotensi menyebabkan rusuhan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Hakim Akhtar memutuskan bahawa kenyataan media yang dibuat oleh Santiago dalam domain awam memang ditujukan kepada plaintif (Zakir).
Hakim berkata mendengar ceramah plaintif, plaintif juga telah membuat kenyataan yang tidak perlu mengenai orang Cina Malaysia iaitu apabila menyatakan orang Cina Malaysia juga harus diminta meninggalkan negara ini.
“Mahkamah bersetuju dengan kenyataan akhbar defendan (Santiago) bahawa kenyataan plaintif boleh menyebabkan ancaman kepada Malaysia yang berbilang kaum. Malah, mahkamah menyatakan kenyataan plaintif ini telah mendapat teguran daripada Perdana Menteri Malaysia dan ramai ahli politik lain.
“Oleh itu keputusan mahkamah dalam kes ini bahawa kenyataan pertama defendan adalah tidak memfitnah dan sebenarnya satu kenyataan yang berasas dan kenyataan yang adil,” kata hakim itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked