MAIK TUTUP SEMENTARA MASJID DAN SURAU SEKITAR ISTANA KUBANG KERIAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN OLEH Mohd Rasfan / AFP

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan penutupan sementara masjid dan surau sekitar Istana Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, arahan itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Berkuatkuasa semalam, solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti di masjid, surau dan musolla di kawasan sekitar Istana Kubang Kerian ditutup untuk sementara waktu bermula 29 November hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Arahan ini berikutan terdapat penularan kes COVID-19 di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply