Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUU PERBEKALAN 2021 PERINGKAT JAWATANKUASA BAGI JPM DILULUSKAN

DALAM NEGARA

RUU PERBEKALAN 2021 PERINGKAT JAWATANKUASA BAGI JPM DILULUSKAN

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Usul Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

RUU tersebut diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian belah bahagi.

Usul berkenaan diumumkan lulus oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, selepas 105 ahli Parlimen menyokong manakala 95 tidak menyokong dan 20 tidak hadir.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Sebelum pengundian tersebut, sesi penggulungan RUU bagi JPM dilakukan oleh lima menterinya iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Takiyuddin Hasan dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam Belanjawan 2021 JPM diperuntukkan RM11.69 bilion iaitu RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading